Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada pertengahan kurun Masihi ke 19, orang-orang Cina dari Kampung Ghee Hind dan Hai San telah datang dari Sungai Ujung ke Mukim Setul membuka lombong bijih timah dari Bukit Kopak sehingga Batu Lapan Setul. Mereka menggunakan dulang kayu untuk mendulang dan melampan semasa mencari bijih timah. Sebahagian dari orang-orang Cina itu melampan dan mendulang hingga ke atas Bukit Kopak. Mereka menarah tebing bukit itu untuk dijadikan tangga bagi memudahkan naik ke atas bukit tersebut. Tebing bukit yang ditarah itu mengandungi bijih timah. Mereka menyapu tanah tangga yang mengandungi bijih timah ke dalam sambil memejamkan mata.

Hasil daripada perbuatan menyapu sambil memejamkan mata, dua peristiwa penting telah berlaku. Pertama Bukit Kopak bertukar nama menjadi Bukit Sapu Tangga. Kedua Sungai yang mengalir di tepi Bukit Kopak dinamakan Sungai Pejam atau Sungai Pajam.

Sebuah pekan kecil telah dibuka oleh orang-orang Cina Tersebut untuk mereka berniaga, membeli-belah, bermain mahjung dan menghisap candu. Pekan tersebut dinamakan Pekan Sapu Tangga atau Pekan Pajam sekarang ini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PENGENALAN REKABENTUK APLIKASI CANVA

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2022

Para peserta diberi pengenalan asas pengenalan berkaitan komputer terlebih dahulu sebelum di teruskan dengan pengenalan aplikasi Canva. Mereka juga diberi latihan membuat kad hari lahir untuk diri sendiri dan juga ibu atau ayah sebagai pengukuhan dan kefahaman terhadap apa yang diajar....baca selanjutnya

PENGENALAN MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 10 Disember 2022

• Para peserta diberi pengenalan asas pengenalan berkaitan komputer terlebih dahulu sebelum di teruskan dengan pengenalan Microsoft Word. Mereka juga diberi latihan bertajuk ‘Jadual Harian Saya’ sebagai pengukuhan dan kefahaman terhadap apa yang diajar....baca selanjutnya

PENGENALAN MICROSOFT POWER POINT

Aktiviti Terkini | 9 Disember 2022

Para peserta diberi pengenalan asas pengenalan berkaitan komputer terlebih dahulu sebelum di teruskan dengan pengenalan Microsoft Power Point. Mereka juga diberi latihan bertajuk ‘Biodata Saya’ sebagai pengukuhan dan kefahaman terhadap apa yang diajar....baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN : PENGENALAN ASAS SHOPEE

Aktiviti Terkini | 12 November 2022

PEDi Sri Pajam membuka peluang kepada usahawan di kalangan komuniti setempat untuk hadir mempelajari asas untuk membuka akaun Shopee, cara untuk memuatnaik bahan dagangan ke kedai dan mencantikkan halaman kedai Shopee....baca selanjutnya

KEMPEN MEMBENTERAS JENAYAH SEKSUAL DALAM TALIAN

Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2022

PEDi Sri Pajam memenuhi jemputan daripada MCMC dan telah menghantar MIV sebagai wakil. PEDi Sri Pajam adalah mewakili kumpulan 3 yang mana kali ini kami mewakili pihak MCMC untuk membuka meja pameran dan advokasi berkaitan dengan Klik Dengan Bijak sejajar dengan program kempen yang Jabatan Kebajikan Malaysia adakan....baca selanjutnya

KEMPEN PENGUMPULAN BUKU TERPAKAI

Aktiviti Terkini | 10 – 16 Oktober 2022

Kempen kali ini adalah dalam usaha PEDi untuk memenuhi ruang rak yang tersedia dengan mengisi buku-buku terpakai yang mana hasil daripada derma dari komuniti sekeliling....baca selanjutnya

LIVE FB GOTONG ROYONG MEGA ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA DI SURAU AL-FALAH

Aktiviti Terkini | 1 Oktober 2022

Program kali ini adalah gabungan diantara KRT dan Kementerian Kesihatan Daerah dimana telah diadakan program gotong royong yang diberi nama 10,000 langkah, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan kesihatan gigi, pameran mencegah denggi dan pembelian minyak terpakai oleh SWCorp....baca selanjutnya

LIVE FB & KELAS ICT FIZIKAL : KDB (ALERT SCAMMERS), TAYANGAN FILEM MAT KILAU (SEMPENA HARI MALAYSIA) DAN PERTANDINGAN FAST TYPING

Aktiviti Terkini | 25 September 2022

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anak komuniti serta ahli PEDi untuk sentiasa beringat dan memperingatkan keluarga agar sentiasa berhati-hati terhadap panggilan telefon mahupun kiriman pesanan ringkas di whatsapp atau email akan penipuan atas talian....baca selanjutnya

KELAS ICT : CARA MEMBUAT KAD NAMA MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA

Aktiviti Terkini | 18 September 2022

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anak komuniti, usahawan atau bakal usahawan cara untuk membuat sendiri kad nama, yang mana ini adalah salah satu perkara penting yang perlu ada sebagai seorang usahawan....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK ( MAKLUMAT PALSU) DAN AKTIVITI PENCARIAN PERKATAAN (WORD SEARCH) KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2022

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anak komuniti dan ahli PEDi untuk sentiasa memberi maklumat yang betul dah sahih....baca selanjutnya

SARINGAN KESIHATAN PERCUMA ( PEKA B40 )

Aktiviti Terkini | 24 Julai 2022

Tujuan program ini adalah untuk memberi perkhidmatan saringan kesihatan secara percuma kepada komuniti setempat yang mana dalam waktu sama memberi pendedahan & penerangan untuk menjaga kesihatan diri dari awal....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG FACEBOOK : PROGRAM KEMPEN KUMPUL & JUAL MINYAK TERPAKAI

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2022

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan serta kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar terutama berkaitan kitar semula sisa minyak terpakai yang mana minyak terpakai ini boleh dikitar semula menjadi biodiesel...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG FACEBOOK : SEMBANG SANTAI BERSAMA USAHAWAN PEDI, PN SITI MARIAM & ADIK NUR UMMAIRAH

Aktiviti Terkini | 30 Mei 2022

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan serta pengenalan mengenai produk jualan usahawan ...baca selanjutnya

PROGRAM BUBUR LAMBUK

Aktiviti Terkini | 16 April 2022

Tujuan program ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara komuniti, PEDi serta pihak surau...baca selanjutnya

BENGKEL PEMERKASAAN DAN HALA TUJU KOMUNITI PEDI DI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN BAGI TAHUN 2022

Aktiviti Terkini | 28-29 Mac 2022

Penganjuran bengkel ini adalah untuk perkongsian hala tuju PEDi bagi tahun 2022 disamping memperkasakan latihan kemahiran dan pendedahan dalam menjayakan inisiatif pendigitalan MCMC. Ini juga termasuk program pembangunan oleh pihak industri yang seiring pertumbuhan sektor e-dagang dan inisiatif usahawan yang disediakan beberapa pihak ke arah ekonomi digital negara untuk melatih dan membimbing komuniti PEDi seiring ‘Center of Information for Local Community’....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG FB : TEMPAT MENARIK DI LENGGENG, MANTIN

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2022

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penduduk setempat tempat menarik untuk rekreasi & tempat menenangkan fikiran....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KAFE TEEN DENGAN KERJASAMA SKMM DAN LPPKN

Aktiviti Terkini | 28 Januari 2022

Tujuan program ini adalah untuk memberi maklum serta pendedahan kepada golongan remaja mengenai satu Program Advokasi Kafe Teen bagi belia berumur 13 – 24 tahun....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti