PENGENALAN REKABENTUK APLIKASI CANVA

Aktiviti terkini |11 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Sri Pajam

Ringkasan Aktiviti :
• Para peserta diberi pengenalan asas pengenalan berkaitan komputer terlebih dahulu sebelum di teruskan dengan pengenalan aplikasi Canva.
• Mereka juga diberi latihan membuat kad hari lahir untuk diri sendiri dan juga ibu atau ayah sebagai pengukuhan dan kefahaman terhadap apa yang diajar.


Tujuan :
• Mengisi masa cuti sekolah anak-anak komuniti dengan aktiviti yang berfaedah.
• Program ini adalah untuk memberi pendedahan serta pengalaman baru kepada anak-anak komuniti setempat yang tidak pernah mengikuti kelas ICT PEDi untuk memahirkan diri dalam penggunaan komputer.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Peserta diberi pendedahan penggunaan fungi-fungsi didalam aplikasi Canva. Cara pemilihan ‘template’ serta untuk memuat turun gambar secara atas talian.
• Latihan juga diberi sebagai pengukuhan kefahaman para peserta yang mengikuti kelas.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Aplikasi Canva ini adalah percuma, boleh diakses sama ada di web atau telefon mudah alih dan ianya mudah untuk difahami serta diaplikasikan oleh peserta kelas yang baru belajar membuat rekaan.
• Aplikasi Canva ini juga telah menyediakan ribuan ‘template’ rekaan untuk dipilih dan diubahsuai oleh peserta untuk mendapatkan rekaan yang dikehendaki dan menepati keinginan mereka.
• Ia juga dapat memupuk, melahirkan dan memahirkan peserta untuk membuat rekaan yang menarik sesuai dengan rekaan yang ada.

Nama VIP :



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :