LIVE FB & KELAS ICT FIZIKAL : KDB (ALERT SCAMMERS), TAYANGAN FILEM MAT KILAU (SEMPENA HARI MALAYSIA) DAN PERTANDINGAN FAST TYPING

Aktiviti terkini |25 September 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Sri Pajam

Ringkasan Aktiviti :
• Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anak komuniti serta ahli PEDi untuk sentiasa beringat dan memperingatkan keluarga agar sentiasa berhati-hati terhadap panggilan telefon mahupun kiriman pesanan ringkas di whatsapp atau email akan penipuan atas talian.


Tujuan :
• Program ini adalah untuk membantu meningkatkan kesedaran dikalangan anak komuniti terhadap kepentingan sentiasa berhati-hati dengan panggilan yang diterima daripada nombor telefon yang tidak dikenali. Kenali beberapa jenis penipuan atas talian dan tips bagi mengelak menjadi mangsa scammers
• Program ini juga dapat memupuk semangat cintakan negara dan membina jati diri anak-anak komuniti supaya lebih berani.
• Manakala Fast Typing adalah asas untuk anak dan ahli PEDi mengasah semula kebolehan menaip


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Tontonan video & nasihat supaya anak-anak komuniti serta ahli PEDi sentiasa berhati-hati serta mengingatkan ahli keluarga untuk selidiki dahulu panggilan dan pesanan ringkas yang diterima daripada orang lain.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Program sebegini dapat memberi pendedahan kepada anak-anak komuniti jenis-jenis penipuan atas talian yang berkaitan dengan Scammers dan nasihat serta tips untuk mengelakkan diri daripada terjerat dengan penipuan sebegini.
• Ia juga membantu memberi pemahaman kepada anak komuniti supaya memperingatkan ahli keluarga mereka juga hal berkaitan scammer ini.

Nama VIP :



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :