KEMPEN PENGUMPULAN BUKU TERPAKAI

Aktiviti terkini |10 – 16 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Sri Pajam

Ringkasan Aktiviti :
• Kempen kali ini adalah dalam usaha PEDi untuk memenuhi ruang rak yang tersedia dengan mengisi buku-buku terpakai yang mana hasil daripada derma dari komuniti sekeliling.


Tujuan :
• Program ini adalah untuk memenuhi ruang rak yang tersedia dengan buku berunsur ilmiah.
• Memberi peluang kepada anak komuniti untuk meminjam buku yang tersedia dan membantu mereka menguasai kemahiran membaca dengan bahan bacaan yang berlainan.
• Memupuk minat membaca di kalangan komuniti dan ahli PEDi yang datang menggunakan perkhidmatan PEDi yang lain.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Bermula dengan pengiklanan dan penyerahan buku-buku oleh penderma kepada pihak PEDi. Kempen ini dijalankan selama seminggu untuk memberi ruang dan masa untuk penderma mengumpul buku-buku yang berkaitan sebelum penyerahan dibuat..

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Kempen ini adalah bertujuan untuk membantu anak komuniti yang hadir ke kelas ICT yang mana kami dapat mengesan ada dikalangan mereka masih lagi lemah dalam mengenal huruf dan membaca.
• Dengan adanya bahan-bahan bacaan ini, kami mengambil sedikit masa mereka untuk membaca sebelum menggunakan komputer atau meminjamkan bahan bacaan ini untuk di bawa pulang ke rumah.
• Selain itu, dengan adanya bahan bacaan ini, pengguna yang sedang menunggu bahannya untuk di fotocopy atau dicetak boleh mengisi masa terluang dengan membaca bahan bacaan di rak yang tersedia.

Nama VIP :



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :