Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada pertengahan kurun Masihi ke 19, orang-orang Cina dari Kampung Ghee Hind dan Hai San telah datang dari Sungai Ujung ke Mukim Setul membuka lombong bijih timah dari Bukit Kopak sehingga Batu Lapan Setul. Mereka menggunakan dulang kayu untuk mendulang dan melampan semasa mencari bijih timah. Sebahagian dari orang-orang Cina itu melampan dan mendulang hingga ke atas Bukit Kopak. Mereka menarah tebing bukit itu untuk dijadikan tangga bagi memudahkan naik ke atas bukit tersebut. Tebing bukit yang ditarah itu mengandungi bijih timah. Mereka menyapu tanah tangga yang mengandungi bijih timah ke dalam sambil memejamkan mata.

Hasil daripada perbuatan menyapu sambil memejamkan mata, dua peristiwa penting telah berlaku. Pertama Bukit Kopak bertukar nama menjadi Bukit Sapu Tangga. Kedua Sungai yang mengalir di tepi Bukit Kopak dinamakan Sungai Pejam atau Sungai Pajam.

Sebuah pekan kecil telah dibuka oleh orang-orang Cina Tersebut untuk mereka berniaga, membeli-belah, bermain mahjung dan menghisap candu. Pekan tersebut dinamakan Pekan Sapu Tangga atau Pekan Pajam sekarang ini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


JAMUAN AKHIR TAHUN

Aktiviti Terkini | 29 Disember 2019

Tujuan program adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak Pusat Internet dengan penduduk setempat. Selain itu program ini dapat beramah mesra dan memperkenalkan Pusat Internet Pajam....baca selanjutnya

SUKANEKA PERPADUAN KE-10

Aktiviti Terkini | 03 November 2019

Tujuan program adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak Pusat Internet dengan penduduk setempat. Selain itu program ini dapat beramah mesra dan memperkenalkan Pusat Internet Pajam....baca selanjutnya

PROGRAM SUKANEKA BERSAMA JMB

Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2019

Tujuan program adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak Pusat Internet dengan penduduk setempat. Selain itu program ini dapat beramah mesra dan memperkenalkan Pusat Internet Pajam....baca selanjutnya

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT

Aktiviti Terkini | 27 September 2019

Tujuan program adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak Pusat Internet dengan SMK Mantin. Selain itu program ini dapat beramah mesra dan memperkenalkan Pusat Internet Pajam....baca selanjutnya

PROGRAM MIV BERSAMA TADIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2019

Tujuan program adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak Pusat Internet dengan Tadika Kemas Flat Pajam. Selain itu program ini dapat beramah mesra dan memperkenalkan Pusat Internet Pajam dan Tadika Kemas Flat Pajam....baca selanjutnya

PROGRAM MIV BERSAMA KOMUNITI DI PI SRI PAJAM

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2019

Program MIV bersama komuniti ini dilaksanakan di PI Sri Pajam dan bergabung bersama Pusat Internet yang lain iaitu PI Pajam, PI Templer, PI Bukit Inai, PI Lenggeng dan juga PI PPR Senawang. Tujuan ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan awal kepada MIV mengenai KDB dilaksanakan di Pusat Internet....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2019

Tujuan program adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak Pusat Internet dengan komuniti Flat Pajam. Selain itu program ini dapat beramah mesra dan berkumpul dengan ahli-ahli pusat internet dan penduduk sekitar Flat Pajam....baca selanjutnya

MEREKACIPTA KAD RAYA

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2019

Tujuan program adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak Pusat Internet dan Pusat Akademi Avicenna dengan komuniti Flat Pajam. Selain itu program seminar teknik belajar ini membolehkan para pelajar untuk mengetahui bagaimana teknik belajar yang betul dan berkesan....baca selanjutnya

SEMINAR TEKNIK BELAJAR BEST ANJURAN AKADEMI AVICENNA

Aktiviti Terkini | 27 April 2019

Tujuan program adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak Pusat Internet dan Pusat Akademi Avicenna dengan komuniti Flat Pajam. Selain itu program seminar teknik belajar ini membolehkan para pelajar untuk mengetahui bagaimana teknik belajar yang betul dan berkesan....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG BULANAN

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2019

Tujuan program adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak Pusat Internet dengan komuniti Flat Pajam. Selain itu program Jomstudi ini membolehkan para pelajar untuk belajar melalui tekonologi terkini...baca selanjutnya

Program JomStudi

Aktiviti Terkini | 2 Februari 2019

JomStudi merupakan hab pembelajaran digital yang menyediakan kandungan pendidikan berkualiti untuk ditawarkan kepada pelajar...baca selanjutnya

KDB DAN MENCARI BARANG TERSEMBUNYI

Aktiviti Terkini | 19 Januari 2019

Aktiviti ini diadakan dengan penyertaan daripada komuniti sekitar Rumah Pangsa Pajam. Peserta diberikan penerangan bagi setiap topik Klik Dengan Bijak dan disusuli dengan aktiviti mencari barang tersembunyi...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti