LIVE FB GOTONG ROYONG MEGA ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA DI SURAU AL-FALAH

Aktiviti terkini |1 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Surau Al-Falah, Pajam

Ringkasan Aktiviti :
• Program kali ini adalah gabungan diantara KRT dan Kementerian Kesihatan Daerah dimana telah diadakan program gotong royong yang diberi nama 10,000 langkah, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan kesihatan gigi, pameran mencegah denggi dan pembelian minyak terpakai oleh SWCorp.


Tujuan :
• Program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti setempat betapa pentingnya jaga kebersihan dan kesihatan diri.
• Memberi peluang & kesedaran kepada komuniti bahayanya membuang minyak terpakai sembarangan, daripada dibuang biarlah ianya dikitar semula oleh pihak yang berkenaan disamping dapat menjana semula ekonomi keluarga.
• Mengeratkan hubungan antara ahli kariah, komuniti setempat dengan pihak surau.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Aktiviti gotong royong sambil menjaga kesihatan. Peluang pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan Seremban 2 serta Klinik Pergigian Mantin.
• Selain itu, terdapat juga beberapa pameran daripada KKM, PDRM serta SWCorp.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Program sebegini dapat memberi pendedahan kepada komuniti setempat kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
• Dalam menjaga kebersihan persekitaran, secara langsung kesihatan juga terjaga di samping menjaga pemakanan secara sihat.
• Tambahan program sebegini dapat mengumpulkan komuniti serta dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.

Nama VIP :

• Dr. Noor Khalili bin Mohd Ali Pegawai Kesihatan Daerah Seremban

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :