Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada pertengahan kurun Masihi ke 19, orang-orang Cina dari Kampung Ghee Hind dan Hai San telah datang dari Sungai Ujung ke Mukim Setul membuka lombong bijih timah dari Bukit Kopak sehingga Batu Lapan Setul. Mereka menggunakan dulang kayu untuk mendulang dan melampan semasa mencari bijih timah. Sebahagian dari orang-orang Cina itu melampan dan mendulang hingga ke atas Bukit Kopak. Mereka menarah tebing bukit itu untuk dijadikan tangga bagi memudahkan naik ke atas bukit tersebut. Tebing bukit yang ditarah itu mengandungi bijih timah. Mereka menyapu tanah tangga yang mengandungi bijih timah ke dalam sambil memejamkan mata.

Hasil daripada perbuatan menyapu sambil memejamkan mata, dua peristiwa penting telah berlaku. Pertama Bukit Kopak bertukar nama menjadi Bukit Sapu Tangga. Kedua Sungai yang mengalir di tepi Bukit Kopak dinamakan Sungai Pejam atau Sungai Pajam.

Sebuah pekan kecil telah dibuka oleh orang-orang Cina Tersebut untuk mereka berniaga, membeli-belah, bermain mahjung dan menghisap candu. Pekan tersebut dinamakan Pekan Sapu Tangga atau Pekan Pajam sekarang ini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


FB LIVE : NISMILAN SHOWCASE

Aktiviti Terkini | 2 Disember 2021

Tujuan program ini adalah untuk memberi maklum serta pendedahan kepada umum mengenai satu program usahawan seluruh Negeri Sembilan telah diadakan di Nilai....baca selanjutnya

TEMUBUAL BERSAMA KESATUAN KEBAJIKAN SURI EMAS

Aktiviti Terkini | 20 November 2021

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada umum mengenai satu badan kebajikan NGO dimana persatuan ini menjaga kebajikan peniaga wanita dan menyalurkan sumbangan kepada komuniti setempat yang tidak berkemampuan sekitar kawasan Seremban....baca selanjutnya

JEMPUTAN SANTAI PETANG

Aktiviti Terkini | 21 Oktober 2021

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kaum ibu kepentingan alatan solekan yang digunakan seharian, peluang menjana pendapatan bersama Nurraysa serta pemberian sijil Microbit 2020...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG SHOPEE : PENJUAL PILIHAN & HADIAH PENGIKUT

Aktiviti Terkini | 12 September 2021

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peniaga shopee berkaitan dengan tajuk hadiah pengikut dan penjual pilihan....baca selanjutnya

BANGKIT BISNES DARI KRISIS 3.0 BERSAMA DATO’ WIRA DR AZIZAN OSMAN

Aktiviti Terkini | 27 - 29 Ogos 2021

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan serta semangat kepada usahawan untuk bangkit daripada perniagaan yang jatuh....baca selanjutnya

PEMBERIAN SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN TERJEJAS SEPANJANG LOCKDOWN

Aktiviti Terkini | 8 Julai 2021

Tujuan program ini adalah untuk pemberian sumbangan barangan dapur kepada golongan yang memerlukan dan terjejas sepanjang tempoh lockdown....baca selanjutnya

BORAK SANTAI BERSAMA USAHAWAN PI SRI PAJAM – FB LIVE PN. SALEENA YUSOFF

Aktiviti Terkini | 26 Jun 2021

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan serta pengenalan mengenai produk usahawan...baca selanjutnya

MEMBUAT KAD RAYA ( POSTER MYWALL )

Aktiviti Terkini | 9 Mei 2021

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan serta tunjuk ajar kepada pelajar untuk membuat & mendekorasi kad raya secara online....baca selanjutnya

PROGRAM PENDAFTARAN VAKSIN COVID-19 & PAMERAN KESIHATAN

Aktiviti Terkini | 25 April 2020

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan serta kesedaran kepada penduduk setempat mengenai kepentingan mengambil vaksin covid-19. ...baca selanjutnya

WALK CHALLENGE 200,000 STEP ANJURAN KKM

Aktiviti Terkini | 28 Mac 2021

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penduduk setempat tempat menarik untuk rekreasi dan menjaga kesihatan badan....baca selanjutnya

BORAK SANTAI BERSAMA USAHAWAN PI SRI PAJAM – FB LIVE BERSAMA PN. NORAINI MOHD YUSOF

Aktiviti Terkini | 20 Febuari 2021

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan serta pengenalan mengenai produk usahawan ...baca selanjutnya

KELAS ULANGKAJI ONLINE

Aktiviti Terkini | 23 Januari 2021

Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang dan pendedahan kepada anak-anak komuniti mengulangkaji semula pembelajaran PdPR mengikut subjek yang dipelajari....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti