Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada pertengahan kurun Masihi ke 19, orang-orang Cina dari Kampung Ghee Hind dan Hai San telah datang dari Sungai Ujung ke Mukim Setul membuka lombong bijih timah dari Bukit Kopak sehingga Batu Lapan Setul. Mereka menggunakan dulang kayu untuk mendulang dan melampan semasa mencari bijih timah. Sebahagian dari orang-orang Cina itu melampan dan mendulang hingga ke atas Bukit Kopak. Mereka menarah tebing bukit itu untuk dijadikan tangga bagi memudahkan naik ke atas bukit tersebut. Tebing bukit yang ditarah itu mengandungi bijih timah. Mereka menyapu tanah tangga yang mengandungi bijih timah ke dalam sambil memejamkan mata.

Hasil daripada perbuatan menyapu sambil memejamkan mata, dua peristiwa penting telah berlaku. Pertama Bukit Kopak bertukar nama menjadi Bukit Sapu Tangga. Kedua Sungai yang mengalir di tepi Bukit Kopak dinamakan Sungai Pejam atau Sungai Pajam.

Sebuah pekan kecil telah dibuka oleh orang-orang Cina Tersebut untuk mereka berniaga, membeli-belah, bermain mahjung dan menghisap candu. Pekan tersebut dinamakan Pekan Sapu Tangga atau Pekan Pajam sekarang ini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


CABARAN KUIZ KLIK DENGAN BIJAK & HARI BERSAMA AHLI LIGA PI1M PAJAM

Aktiviti Terkini | 22 Disember 2017

Hari Bersama ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara staf pi1m dengan ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak penduduk Flat Pajam. Dengan ini sekaligus melahirkan rasa terima kasih kepada ahli PI1M yang selalu memberi sokongan, serta meningkatkan kepercayaan penduduk setempat kepada PI1M Pajam. Event lain pada hari tersebut juga adalah cabaran kuiz klik dengan bijak sebagai penutup tahun 2017....baca selanjutnya

KEY-IN DATA KRT

Aktiviti Terkini | 19 November 2017

Kelas ini bertujuan untuk menyatukan ahli-ahli KRT jajahan Seremban, Negeri Sembilan. Sehubungan dengan itu, pi1m Pajam mengadakan kelas untuk mereka bagaimana cara untuk memasukkan data serta mengetahui cara penggunaan internet. Mereka terdiri daripada peserta atau ahli KRT Seremban....baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M

Aktiviti Terkini | 21 Oktober 2017

Hari Terbuka ini merupakan satu usaha yang dibina bagi memupuk hubungan silaturrahim, berkongsi ilmu, menjana minda celik IT serta mewujudkan peluang keusahawanan bersama penduduk setempat di sekitar Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)....baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

'Qualifying Round - Digi-Petrosains Robotic Programme 2017 : Young PI1M Inventors Challenge'

Aktiviti Terkini | 14 September 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer....baca selanjutnya

MELUKIS & MEWARNA JALUR GEMILANG

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2017

Tujuan pertandingan ini adalah untuk member pendedahan dan pemahaman ahli PI1M tentang‘Apa Itu Kemerdekaan?’dan sekaligus dapat menyemarakkan lagi erti kemerdekaan dalam kalangan mereka.Tambahan lagi, program sebegini boleh memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia Pajam sebagai salah satu pusat bagi proses pembelajaran mereka....baca selanjutnya

'Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017'

Aktiviti Terkini | 25 - 27 Julai 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik...baca selanjutnya

TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (KDB) & PENDEDAHAN TENTANG VIDEO POKEMON GO

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2017

Mesej utama kempen “Klik Dengan Bijak” adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA KAD UCAPAN SEMPENA HARI GURU (PAINT SOFTWARE)

Aktiviti Terkini | 28 Mei 2017

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pengguna berhubung penggunaan internet dengan betul dan kebaikan serta keburukan internet. Dalam taklimat ini juga, pengguna dapat mengetahui browser yang mana selamat digunakan semasa penggunaan internet....baca selanjutnya

PROGRAM SUKANEKA BERSAMA AHLI KRT FLAT PAJAM

Aktiviti Terkini | 30 April 2017

Tujuan program gabungan bersama KRT Flat Pajam adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak PI1M dengan komuniti KRT. Tambahan lagi, program sebegini boleh mempromosikan PI1M Pajam sebagai salah satu medium pembelajaran kepada anak-anak Flat Pajam....baca selanjutnya

PENDEDAHAN CARA MEMBUAT E-MAIL

Aktiviti Terkini | 11 Mac 2017

Aktiviti ini bertujuan memberi tunjuk ajar dan pendedahan cara untuk membuat e-mail kepada ahli PI1M Pajam dan mengajar cara untuk mengakses internet bagi yang belum mengetahui....baca selanjutnya

HARI BERSAMA AHLI LIGA PI1M PAJAM

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2017

Tujuan Hari Bersama Ahli Liga PI1M ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara staf pi1m dengan ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak penduduk Flat Pajam. Dengan ini sekaligus melahirkan rasa cinta dan terima kasih kepada ahli PI1M yang selalu memberi sokongan, serta meningkatkan kepercayaan penduduk setempat kepada PI1M Pajam. Hal ini sekaligus memberi pendedahan kepada anak-anak Penduduk Flat Pajam yang Pi1m Pajam adalah sebagai salah satu proses pembelajaran mereka....baca selanjutnya

MEWARNA BERTEMAKAN HARI-HARI PERAYAAN DI MALAYSIA BERSAMA ANAK-ANAK PENDUDUK FLAT PAJAM

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2017

Tujuan pertandingan mewarna secara atas talian (online) ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak Penduduk Rumah Flat Pajam belajar serta mempelajari tentang jenis perayaan yang disambut di Malaysia. Sekali gus memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia Pajam sebagai salah satu pusat bagi proses pembelajaran mereka....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti