KEMPEN MEMBENTERAS JENAYAH SEKSUAL DALAM TALIAN

Aktiviti terkini |16 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Ruang Legar Terminal One, Seremban

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Sri Pajam memenuhi jemputan daripada MCMC dan telah menghantar MIV sebagai wakil.
• PEDi Sri Pajam adalah mewakili kumpulan 3 yang mana kali ini kami mewakili pihak MCMC untuk membuka meja pameran dan advokasi berkaitan dengan Klik Dengan Bijak sejajar dengan program kempen yang Jabatan Kebajikan Malaysia adakan.


Tujuan :
• Kempen ini memberi pendedahan kepada umum dan pengunjung yang hadir berkenaan peranan MCMC dan PEDi yang telah diwujudkan.
• Selain itu, memberitahu kepada pengunjung berkaitan dengan panduan keselamatan dalam melayari internet pada masa kini yang mana semua info yang didapati haruslah disemak terlebih dahulu kesahihannya sebelum menyebar kepada orang lain.
• Mempamerkan contoh-contoh buku, risalah, poster yang berkaitan dengan keselamatan melayari internet, Klik Dengan Bijak..


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Bermula dengan menyusun atur poster, risalah yang berkaitan dengan Klik Dengan Bijak, kemudian mengedarkan risalah kepada pengunjung yang datang bertandang ke ruang pameran sambil menerangkan peranan MCMC dan PEDi serta serba sedikit berkaitan dengan keselamatan dalam talian yang harus di elakkan.
• Untuk memeriahkan kedatangan pengunjung, telah diadakan juga permainan berkaitan dengan penerangan yang telah diberi oleh petugas untuk mereka lebih memahami apa yang telah disampaikan.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Pameran seperti ini dapat memberitahu kepada pengunjung akan kewujudan PEDi dan MCMC yang mana telah lama ditubuhkan untuk memberi pendedahan tentang keselamatan dalam melayari internet.
• Disamping itu juga, dapat mengajak pengunjung mendaftar sebagai ahli PEDi dikawasan berhampiran mereka untuk mengikuti kelas-kelas dan perkhidmatan di PEDi.
• Dengan adanya pameran seperti ini dapat membantu meningkatkan kemahiran bertutur, meningkatkan tahap keyakinan diri dan mengatasi perasaan malu petugas PEDi mengatasi bila berhadapan dengan orang ramai.

Nama VIP :



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :