SIARAN LANGSUNG FACEBOOK : PROGRAM KEMPEN KUMPUL & JUAL MINYAK TERPAKAI

Aktiviti terkini |18 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Sri Pajam, Mantin

Ringkasan Aktiviti :
• Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan serta kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar terutama berkaitan kitar semula sisa minyak terpakai yang mana minyak terpakai ini boleh dikitar semula menjadi biodiesel.


Tujuan :
• Program ini adalah untuk membantu meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kitar semula minyak terpakai.
• Program ini juga dapat membantu komuniti setempat menjana dan menambah pendapatan sampingan dengan menjual sisa minyak terpakai tersebut.
• Disamping itu, memberi pendedahan kepada komuniti setempat tujuan asal kempen serta tujuan pengumpulan sisa minyak terpakai oleh penceramah jemputan.
• Ia juga dapat mengeratkan ukhwah antara komuniti setempat.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Komuniti setempat mendapat penerangan yang jelas berkaitan sisa minyak terpakai.
• Komuniti dapat menjual semula sisa minyak terpakai dengan harga yang lebih tinggi.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Program sebegini dapat memberi kesedaran kepada komuniti setempat untuk mengumpul sisa minyak terpakai dan menyalurkan kepada pihak yang berkenaan untuk di kitar semula demi menjaga kebersihan kediaman serta alam sekitar.
• Ini juga dapat mendidik mereka supaya menjana pendapatan sambilan hanya dari sisa minyak terpakai.

Nama VIP :

• En. Abd Hadi bin Abdullah (Penceramah)
• En Akmal (R Legacy)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :