KELAS KEUSAHAWANAN KELAS ASAS DAN DEMONSTRASI GUBAHAN (BOUQUET) COKLAT BAJET

Aktiviti terkini |18 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Sri Pajam

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Sri Pajam berkerjasama dengan usahawan PEDi, Pn Siti Mariah mengadakan sesi kelas asas dan demonstrasi gubahan atau bouquet coklat bajet.


Tujuan :
• Memperkenalkan PEDi sebagai salah satu pusat pembelajaran yang boleh mereka hadiri serta memberi pendedahan antara fungsi dan perkhidmatan yang ada di PEDi.
• Mengajar peserta cara membuat bouquet coklat dengan bajet yang rendah.
• Meningkatkan kemahiran kreatif peserta dalam menghasilkan hadiah yang unik.
• Menggalakkan pemahaman tentang konsep rekaan dan susun ayur dalam seni hiasan bouquet.
• Memperkasa ekonomi: Program sebegini dapat memberikan panduan kepada peserta mengenai cara membuat gubahan coklat dengan kos yang rendah.
• Ini dapat membantu peserta dalam menghasilkan produk-produk yang menarik dengan permulaan modal yang rendah dimana ianya dapat meningkatkan ekonomi terutama bagi individu yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sesi bermula dengan pengenalan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
• Peserta di perkenalkan dengan konsep bouquet coklat bajet dan manfaat membuat hadiah sendiri.
• Bahan-bahan dan alatan: Peserta diberitahu tentang bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan untuk membuat bouquet coklat.
• Ini termasuk coklat, gula-gula, lidi, span, kertas pembalut berwarna, bunga, loytape, dan lain-lain.
• Demonstrasi langkah demi langkah: pengajar melakukan demonstrasi langkah demi langkah tentang bagaimana menghias bouquet coklat.
• Ini termasuk cara melekatkan coklat dan gula-gula pada lidi, menyusun atur coklat di span, membalut pula dengan kertas berwarna.
• Amalan bersama: peserta diajak untuk mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan oleh pengajar.
• Mereka diberi peluang untuk membuat bouquet coklat mereka sendiri secara praktikal bersama pengajar.
• Setelah peserta selesai membuat bouquet coklat, pengajar dan peserta bersama-sama menilai hasil kerja mereka.
• Pengajar memberi komen positif dan mencadangkan cara untuk meningkatkan hasil kekemasan mereka.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Meningkatkan kemahiran reka bentuk dan seni hiasan peserta.
• Mempromosikan idea DIY (Do It Yoursef) dan kreativiti dalam membuat hadiah.
• Meningkatkan kesedaran tentang penggunaan bahan-bahan murah tetapi berkualiti dalam rekaan.
• Memberi peserta pengalaman yang menyeronokkan dan membangkitkan kepuasan melihat hasil karya sendiri.
• Kelas asas dan demonstrasi membuat bouquet coklat bajet adalah aktiviti yang membolehkan peserta mempelajari sesuatu yang baru sambil menjalani pengalaman kreatif yang memuaskan.

Nama VIP :

• Pn Siti Mariah binti Mohd RazaliUsahawan Surprise Delivery

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :