TEMUDUGA TERBUKA PUSAT SATELIT ANJURAN PEJABAT PERKESO NEGERI SEMBILAN

Aktiviti terkini |15 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Sri Pajam, Mantin

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Sri Pajam berkerjasama dengan Pejabat PERKESO Negeri Sembilan mengadakan sesi temuduga terbuka bagi majikan yang berdaftar didalam portal MyFutureJob.


Tujuan :
• Sesi temuduga terbuka ini adalah bertujuan untuk mencari calon-calon yang berkelayakan dan sesuai dikalangan komuniti setempat untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ada dalam organisasi syarikat yang telah berdaftar.
• Ini sesuai dengan matlamat untuk mencari individu yang berpotensi, berpengalaman dan berkemahiran sesuai dengan keperluan Pejabat Perkeso.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Penyediaan ruang dan meja untuk calon dan panel temuduga di dalam bilik seminar.
• Kesediaan bar code untuk pendaftaran calon-calon yang hadir.
• Penemuduga akan memanggil nama calon untuk sesi temuduga.
• Ini adalah peluang badi calon untuk menjawab soalan-soalan berkaitan dengan kemahiran dan pengalaman mereka.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• PEDi adalah pusat tumpuan dan pusat Pendidikan yang dilengkapi dengan kemudahan dan infrasruktur yang sesuai untuk mengendalikan sesi temuduga. Ini termasuk ruang temuduga, ruang menunggu serta kemudahan teknologi yang diperlukan.
• PEDi menyediakan Kawasan dan privasi yang diperlukan untuk menjalankan sesi temuduga dengan berkesan, menghindari gangguan luar dan memberikan ruang yang sesuai untuk calon dan panel temuduga.
• Tambahan pula, PEDi biasanya mudah diakses dengan pelbagai kemudahan dan berlokasi strategik, ini memudahkan calon untuk hadir temuduga.

Nama VIP :

• PERKESO McDonald’s Malaysia En. Noor Azmi bin Ahmad Khairy (Kenanga Investors Berhad)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :