ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK: ONLINE GROOMING KELAS ICT: PENGENALAN KOMPUTER E-LEARNING: ABCYA DAN ZTYPE

Aktiviti terkini |5 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Sri Pajam

Ringkasan Aktiviti :
• Memberi sedikit taklimat berkaitan dengan advokasi Klik Dengan Bijak.
• Kemudian diteruskan dengan penerangan dan memperkenalkan kepada pelajar perkakasan komputer dihadapan mereka beserta cara penggunaannya.
• Bagi menguji kepekaan pelajar kami memberi sedikit latihan sebagai pengukuhan dan pengamatan selama tempoh pembelajaran berlangsung.


Tujuan :
• Memberi asas pengetahuan komputer dimana pelajar akan diajar mengenai komponen-komponen penting dakam komputer, fungsi-fungsi asas dan cara menjalankan peranti tersebut.
• Selain itu, pendedahan ini dapat mengelakkan pelajar supaya tidak keliru dengan komputer riba atau peralatan komunikasi yang lain.
• Program ini juga dapat melatih dan membina keyakinan diri para pelajar. Dengan memahami konsep-konsep komputer, pelajar akan merasa lebih yakin menggunakan teknologi yang mana ianya dapat membantu mereka dalam melaksakan tugas-tugas yang melibatkan komputer.
• Selain itu, ia dapat meningkatkan peluang pendidikan dikalangan pelajar. Pemahaman asas komputer adalah aset yang berharga dalam pendidikan msa kini. Pelajar akan lebih mudah mengejar peluang pembelajaran dalam talian dan mengikuti kursus-kursus digital.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Para pelajar melakukan aktiviti secara praktikal dimana mereka dapat mengendali dari permulaan pembukaan komputer, menggerakkan tetikus, menekan papan kekunci sendiri dan sehingga menutup komputer dengan cara yang betul.
• Aktiviti di laman web ABCya dan ZType diberi sebagai latihan bagi membiasakan pelajar menggunakan tetikus disamping membiasakan mereka menekan papan kekunci secara pantas.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Peningkatan literasi digital: Dengan menghadiri kelas ini, pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran dalam menggunakan peranti komputer dan teknologi digital, membolehkan pelajar berhubung dengan lebih berkesan dalam dunia moden yang semakin bergantung pada teknologi.
• Selain itu, program ini dapat membantu meningkatkan daya pengamatan dan merangsang pelajar untuk bertindak balas terhadap sesuatu aktiviti.
• Keyakinan diri: Ini juga dapat meningkatkan tahap keyakinan pelajar untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberi.
• Peningkatan pembelajaran: Dengan kemahiran komputer, pelajar dapat mengakses sumber pembelajaran dalam talian, kursus-kursus digital dan bahan-bahan pendidikan yang dapat meningkatkan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang.

Nama VIP :

• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :