KELAS KEUSAHAWANAN MOH MULAKAN PERNIAGAAN E-DAGANG SHOPEE & TIKTOK ANDA DISINI

Aktiviti terkini |19 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Sri Pajam

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Sri Pajam berkerjasama dengan Rakan Digital mengadakan sesi kelas Shopee dan Affiliatte Tiktok bersama usahawan TEKUN Negeri Sembilan.


Tujuan :
• Memperkenalkan PEDi sebagai salah satu pusat pembelajaran yang boleh mereka hadiri serta memberi pendedahan antara fungsi dan perkhidmatan yang ada di PEDi.
• Memberi peluang dan pendedahan kepada para usahawan yang hadir berkaitan kelebihan menjual di Shopee dan TikTok terutama affiliatte yang mana kebanyakan usahawan tidak mendapat pendedahan dimana kelas yang ada mungkin mengenakan yuran yang tinggi.
• Selain itu, kelas ini dapat dilaksanakan secara praktikal, secara berdepan dan terus diwujudkan kedai tanpa menunggu lagi.
• Para usahawan dapat merasai sendiri pengalaman mengendali siaran langsung (live) di Shopee dan juga TikTok.
• Tambahan pula, apabila usahawan telah memahami segala proses untuk memuatnaik produk, usahawan akan lebih bersemangat untuk memeruskan perniagaan di atas talian.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sesi penerangan diberikan berdasarkan slide. Para usahawan yang terlibat dapat terus mengikuti langkah demi langkah dalam penyediaan kedai di Shopee dan TikTok.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Kelas seperti ini dapat menarik minat para usahawan dan usahawan baru untuk mempelajari lebih terperinci dalam penyediaan kedai atas talian di platform Shopee dan juga TikTok.
• Disamping itu, kami juga dapat memberi pendedahan serta menerangkan kelebihan perniagaan di platform Shopee dan TikTok yang mana kebanyakan usahawan tidak tahu mengenainya.

Nama VIP :

• En. Mokhtar Pegawai TEKUN

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :