KLIK DENGAN BIJAK KELAS ICT : PENGENALAN MICROSOFT POWER POINT DAN PEMBENTANGAN ‘SLIDE’

Aktiviti terkini |13-14 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Sri Pajam

Ringkasan Aktiviti :
• Para peserta diberi taklimat & tayangan video Klik Dengan Bijak terlebih dahulu sebelum di teruskan dengan pengenalan Microsoft Power Point.
• Mereka juga diberi latihan bertajuk ‘Biodata Saya’ sebagai pengukuhan dan kefahaman terhadap apa yang diajar.


Tujuan :
• Mengisi masa cuti sekolah hujung minggu anak-anak komuniti dengan aktiviti yang berfaedah.
• Program ini adalah untuk memberi pendedahan serta pengalaman baru kepada anak-anak komuniti setempat yang tidak pernah mengikuti kelas ICT PEDi untuk memahirkan diri dalam penggunaan komputer.
• Selain itu, ia dapat menarik minat peserta untuk lebih berkarya, melahirkan kreativiti dalam penyediaan dan penggunaan ‘slide’ mereka.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Peserta diberi pendedahan penggunaan fungi-fungsi panel didalam Microsoft Power Point.
• Latihan juga diberi sebagai pengukuhan kefahaman para peserta yang mengikuti kelas.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Kelas seperti ini mudah diaplikasikan oleh peserta kelas.
• Selain itu, kelas Microsoft Power Point ini menyajikan berbagai kombinasi gambar, warna, animasi dan suara serta clipart yang menarik perhatian peserta.
• Ini juga dapat meningkatkan tahap kebolehan peserta untuk menghasilkan hasil kerja yang menarik dan bersesuaian dengan minat mereka.

Nama VIP :



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :