MEWARNA, MEMBUAT SAMPUL DUIT RAYA DAN JAMUAN HARI RAYA TABIKA KEMAS PCH

Aktiviti terkini |12 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
Tabika Kemas PCH

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Sri Pajam berkerjasama dengan Tabika Kemas PCH mengadakan jamuan terbuka hari raya.
• Sebelum jamuan dimulakan, kami mengadakan aktiviti bersama para pelajar tabika.


Tujuan :
• Memperkenalkan PEDi sebagai salah satu pusat pembelajaran yang boleh mereka hadiri.
• Memberi pendedahan antara fungsi dan perkhidmatan yang ada di PEDi.
• Membantu pelajar untuk lebih berinteraksi bersama kami dan juga guru tabika sendiri.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pelajar diedarkan sehelai kertas yang telah berlakar untuk diwarnakan.
• Kemudian setelah siap diwarna, pelajar dikehendaki memotong atau menggunting kertas tersebut mengikut garisan yang telah ditetapkan untuk di bentuk menjadi sampul duit raya.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Aktiviti sebegini dapat memupuk kreativiti dikalangan anak-anak pelajar tabika serta untuk lebih fokus menyiapkan tugasan yang diberikan.
• Disamping itu, aktiviti ini dapat melatih para pelajar terutamanya untuk pelajar baru untuk melatih mereka cara memegang pensel warna dengan betul dan lebih kreatif dalam penggunaan warna semasa berkarya.
• Dalam waktu yang sama, aktiviti ini dapat memupuk semangat saling membantu dikalangan pelajar untuk menyiapkan tugasan yang diberi sebelum ibubapa meraka hadir ke jamuan.

Nama VIP :



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :