KLIK DENGAN BIJAK (BULI SIBER) KELAS ICT : PENGENALAN KOMPUTER

Aktiviti terkini |6 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Sri Pajam

Ringkasan Aktiviti :
• Memberi penerangan dan memperkenalkan kepada pelajar perkakasan komputer dihadapan mereka beserta cara penggunaannya.
• Bagi menguji kepekaan pelajar kami memberi sedikit latihan sebagai pengukuhan dan pengamatan selama tempoh pembelajaran berlangsung.


Tujuan :
• Memberi penerangan supaya pelajar mengenali kompenan yang ada di sebuah komputer.
• Selain itu, pendedahan ini dapat mengelakkan pelajar supaya tidak keliru dengan komputer riba atau peralatan komunikasi yang lain.
• Program ini juga dapat melatih para pelajar membiasakan diri dan lebih berani untuk mengendali tetikus serta menekan papan kekunci sendiri bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Para pelajar melakukan aktiviti secara praktikal dimana mereka dapat mengendali dari permulaan pembukaan komputer, tetikus, papan kekunci sendiri dan sehingga menutup komputer dengan cara yang betul.
• Aktiviti di laman web ABCya dan ZType diberi sebagai latihan bagi membiasakan pelajar menggunakan tetikus disamping membiasakan mereka menekan papan kekunci secara pantas.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Kelas seperti ini dapat menarik minat pelajar menggunakan medium lain sebagai salah satu bahan untuk belajar.
• Selain itu, program ini dapat membantu meningkatkan daya pengamatan dan merangsang pelajar untuk bertindak balas terhadap sesuatu aktiviti.
• Ini juga dapat meningkatkan tahap keyakinan pelajar untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberi.

Nama VIP :



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :