PROGRAM KEUSAHAWANAN SHOPEE BERSAMA AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM)

Aktiviti terkini |9 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Sri Pajam, Mantin

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Sri Pajam membuka peluang kepada usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia untuk hadir mempelajari asas untuk membuka akaun Shopee, cara untuk memuatnaik bahan dagangan ke kedai dan mencantikkan halaman kedai Shopee.
• Dalam waktu yang sama kami memperkenalkan fungsi serta perkhidmatan yang PEDi sediakan kepada orang awam.


Tujuan :
• Memberi penerangan dan pendedahan berkaitan kelebihan menjual di Shopee yang kebanyakan usahawan tidak tahu dan tidak berminat untuk tahu.
• Selain itu, kelas ini dapat dilaksanakan secara fizikal dan terus diwujudkan tanpa menunggu lagi.
• Tambahan pula, apabila usahawan telah memahami segala proses untuk memuatnaik produk, usahawan akan lebih bersemangat untuk memeruskan perniagaan di atas talian.
• Dalam waktu sama, kami memperkenalkan fungsi serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak PEDi kepada komuniti setempat.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sesi penerangan diberikan berdasarkan slide yang telah diperolehi daripada pihak Shopee sebelum ini, dimana usahawan pula dapat terus mengikuti langkah demi langkah dalam penyediaan kedai di Shopee.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Kelas seperti ini dapat menarik minat bakal usahawan dan usahawan baru untuk mempelajari lebih terperinci dalam penyediaan kedai atas talian di platform Shopee.
• Disamping itu, kami juga dapat memberi pendedahan serta menerangkan kelebihan perniagaan di platform Shopee yang mana kebanyakan usahawan tidak tahu mengenainya.

Nama VIP :



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :