KLIK DENGAN BIJAK : CHECK YOUR LABEL & KITAR KELAS ICT : PENGENALAN INTERNET SOFT SKILL : ‘TEMPAT MENARIK IMPIAN SAYA’

Aktiviti terkini |8 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Sri Pajam

Ringkasan Aktiviti :
• Sedikit taklimat advokasi Klik Dengan Bijak. Kelas diteruskan dengan memberi penerangan fungsi internet, perkara yang perlu ada untuk melayari internet dan bagaimana mengenali laman web.
• Pelajar juga diberikan latihan bagi menguji kepekaan mendengar semasa didalam kelas sebagai pengukuhan selama tempoh pembelajaran berlangsung.


Tujuan :
• Memberi penerangan supaya pelajar lebih faham dan mengenali kompenan yang ada di skrin sebuah komputer apabila melayari internet.
• Program ini juga dapat melatih para pelajar membiasakan diri dan lebih berani untuk mengendali tetikus serta menekan papan kekunci sendiri bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan
• Selain itu, dalam kelas sebegini pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian apabila diberi tugasan untuk mencari tempat menarik impian mereka.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Para pelajar diberi penerangan bagaimana cara untuk mencari laman web.
• Para pelajar dikehendaki melayari internet untuk mencari maklumat tempat menarik yang menjadi impian mereka mahu pergi akan datang diberi sebagai latihan bagi membiasakan pelajar menggunakan tetikus disamping membiasakan mereka menekan papan kekunci secara pantas.
• Pelajar juga perlu menceritakan kepada sahabat yang lain tempat menarik yang mereka pilih dan atas sebab apa pilihan tersebut dibuat.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Kelas seperti ini dapat menarik minat pelajar menggunakan medium lain sebagai salah satu bahan untuk belajar.
• Selain itu, program ini dapat membantu meningkatkan daya pengamatan dan merangsang pelajar untuk bertindak balas terhadap sesuatu aktiviti.
• Ini juga dapat meningkatkan tahap keyakinan pelajar untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberi.

Nama VIP :

• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :