ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK : CHECK YOUR LABEL & KITAR | KELAS ICT : PENGENALAN EMAIL

Aktiviti terkini |2 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Sri Pajam

Ringkasan Aktiviti :
• Sedikit taklimat dan tontonan video untuk advokasi Klik Dengan Bijak.
• Sedikit taklimat untuk advokasi Klik Dengan Bijak.
• Kelas diteruskan dengan memberi penerangan dan memperkenalkan kepada pelajar mengenai email berserta cara penggunaannya.
• Bagi menguji kepekaan pelajar kami memberi sedikit latihan sebagai pengukuhan dan pengamatan selama tempoh pembelajaran berlangsung.


Tujuan :
• Memberi pendedahan dan penerangan kepada pelajar akan kelebihan email dan fungsinya.
• Pendedahan ini dapat menggalakkan pelajar memahami dan supaya sentiasa memeriksa email yang pihak sekolah berikan.
• Program ini juga dapat melatih para pelajar membiasakan diri dan lebih berani untuk mengendali tetikus serta menekan papan kekunci sendiri bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Para pelajar melakukan aktiviti secara praktikal dimana mereka dapat mengendali dari permulaan pembukaan komputer, pembukaan email, penggunaan tetikus, papan kekunci sendiri dan cara menghantar email dengan betul.
• Surat permohonan mengikuti kelas komputer ke PEDi kami jadikan sebagai aktiviti pengukuhan dimana pelajar melalui pengalaman sendiri bagaimana untuk menghantar email.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Kelas seperti ini dapat menarik minat pelajar menggunakan medium ini sebagai salah satu cara untuk belajar.
• Selain itu, memberi pendedahan kepada pelajar akan fungsi email yang tiada had ini, hanya perlu menggunakan rangkaian internet sahaja
• Ia juga memberi pendedahan kepada pelajar akan kelebihan kiriman email ini yang mana ia penggunaannya tiada kos, pantas, mengurangkan penggunaan kertas dan lebih terperinci penggunaannya untuk kegunaan rasmi.

Nama VIP :

• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :