BUKAN SEMUANYA BENAR DI INTERNET, TIDAK PASTI JANGAN KONGSI / PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DISEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT, SEREMBAN

Aktiviti terkini |18 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
SK Sikamat, Seremban

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Sri Pajam memenuhi jemputan daripada MCMC Negeri Sembilan yang mana kali ini kami berkerjasama bersama PEDi dibawah Kluster Seremban untuk membuka meja pameran dan advokasi berkaitan dengan Klik Dengan Bijak bertajuk “Bukan Semuanya Benar Di Internet, Tidak Pasti Jangan Kongsi”.


Tujuan :
• Taklimat ini adalah memberi pendedahan kepada para pelajar SK Sikamat dan guru-guru yang hadir berkenaan peranan MCMC dan PEDi yang telah diwujudkan.
• Selain itu, memberitahu kepada pelajar berkaitan dengan panduan keselamatan dalam melayari internet pada masa kini yang mana semua info yang didapati haruslah disemak terlebih dahulu kesahihannya sebelum menyebar kepada orang lain.
• Mengadakan kuiz bagi menguji kefahaman para pelajar berkaitan dengan keselamatan melayari internet dan berita yang diterima melalui internet.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Bermula dengan menyusun atur poster, risalah yang berkaitan dengan Klik Dengan Bijak, kemudian mengedarkan risalah kepada para guru yang datang bertandang ke ruang pameran dan dewan taklimat.
• Untuk memeriahkan suasana, pelajar tahun 1 hingga 3 telah diadakan juga permainan, aktiviti mewarna serta mencari perkataan berkaitan dengan internet yang telah dibawa oleh petugas.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Taklimat seperti ini dapat memberitahu kepada pelajar serta guru akan kewujudan serta fungsi PEDi dan MCMC yang mana telah lama ditubuhkan untuk memberi pendedahan tentang keselamatan dalam melayari internet.
• Selain itu, taklimat ini memberi kesedaran kepada semua bahawa apa yang dilayari di internet tidak seharusnya terus dipercayai dan disebarkan tanpa tahu asal usul atau kebenaran berita yang diterima.
• Dengan adanya program sebegini, ianya dapat membantu meningkatkan kemahiran bertutur, meningkatkan tahap keyakinan diri dan mengatasi perasaan malu petugas PEDi bila berhadapan dengan orang ramai.

Nama VIP :

• Pn Ema Shuaida Shuaid Timbalan Pengarah MCMC Negeri Sembilan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :