LEARNING APPS BERSAMA PELAJAR TABIKA KEMAS PCH, SRI PAJAM, MANTIN

Aktiviti terkini |15 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Sri Pajam

Ringkasan Aktiviti :
• Sesi ulangkaji pembelajaran pengenalan komputer yang telah berlangsung pada 07 Januari 2023.
• Kami memberi penerangan serba ringkas berkaitan perkakasan komputer dihadapan mereka beserta cara penggunaannya.
• Bagi menguji kepekaan pelajar kami memberi sedikit latihan sebagai pengukuhan dan pengamatan selama tempoh pembelajaran berlangsung.


Tujuan :
• Memberi penerangan supaya pelajar mengingati semula kompenan yang ada di sebuah komputer.
• Memperingatkan semula para pelajar perbezaan antara kmputer di PEDi dan komputer riba atau gajet lain yang mereka guna dirumah.
• Membina keyakinan para pelajar untuk mengendali tetikus serta menekan papan kekunci sendiri bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan.
• Dalam kelas kali ini, kami menekankan untuk para pelajar mengingati dimana terletaknya huruf-huruf, nombor dan simbol di papan kekunci selain melihat kepekaan mereka mengenali komponen komputer sebelum itu.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Para pelajar Tabika melakukan aktiviti secara praktikal dimana mereka dapat mengendali tetikus dan papan kekunci sendiri.
• Pelajar diberi masa selama lima minit untuk mengingati dimana terletaknya huruf-huruf, nombor dan simbol di papan kekunci.
• Kemudian kami memberi aktiviti dilaman web ABCya sebagai latihan untuk pelajar membina semula papan kekunci yang telah dibubarkan.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Kelas seperti ini dapat menarik minat pelajar menggunakan medium lain sebagai salah satu bahan untuk belajar.
• Selain itu, program ini dapat membantu meningkatkan daya pengamatan dan merangsang pelajar untuk bertindak balas terhadap sesuatu aktiviti.
• Ini juga dapat meningkatkan tahap keyakinan pelajar untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberi.

Nama VIP :



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :