SEMINAR REKRUT EJEN STEP BY STEP DI TIKTOK

Aktiviti terkini |19 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Sri Pajam

Ringkasan Aktiviti :
• Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan dan peluang kepada usahawan untuk belajar cara merekrut ejen di medium TikTok.


Tujuan :
• Program ini memberi peluang kepada usahawan meneroka medium pengiklanan yang mampu meningkatkan lagi perniagaan mereka.
• Program ini juga memberi lebih pendedahan kepada usahawan untuk membina empayar dalam perniagaan dan pengurusan ejen yang berkesan.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Memberi pendedahan secara visual dan praktikal dalam aplikasi TikTok cara untuk merekrut ejen, pantang larang dalam menghasilkan video yang berkualiti dan viral untuk lebih meningkatkan pengunjung ke laman peribadi usahawan.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Program sebegini dapat membantu usahawan meneroka lebih dalam lagi di medium online terutama TikTok.
• Selain itu, program ini dapat membantu secara tidak langsung kepada usahawan untuk membina akaun perniagaan di TikTok dan membina rangkaian untuk menarik lebih ramai lagi menyertai keahlian dan ejen kepada perniagaan usahawan.
• Pendedahan serta rahsia yang usahawan perlu tahu berkaitan pantang larang didalam TikTok yang menghalang iklan atau video menjadi viral.

Nama VIP :



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :