KLIK DENGAN BIJAK (MAKLUMAT PALSU) DAN PERTANDINGAN MELUKIS & MEWARNA SISTEM GURU ONLINE PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

Aktiviti terkini |15 April 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Sri Pajam, Mantin

Ringkasan Aktiviti :
• Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anak komuniti dan ahli PEDi untuk sentiasa memberi maklumat yang betul dah sahih..


Tujuan :
• Program ini adalah untuk membantu meningkatkan kesedaran dikalangan anak komuniti terhadap kepentingan menyebarkan maklumat yang betul.
• Program ini juga memberi pendedahan kepada anak-anak komuniti akan akta yang boleh dikenakan terhadap orang yang menyebarkan maklumat palsu.
• Ia juga dapat mengeratkan ukhwah antara anak-anak komuniti setempat.
• Memberi peluang kepada anak-anak komuniti menyerlahkan bakat mewarna dengan pertandingan yang dianjurkan oleh Sistem Guru Online.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Tontonan video & nasihat supaya anak-anak komuniti serta ahli PEDi sentiasa menyelidik dahulu perkara yang dapat sebelum menyebarkan kepada orang lain.
• Mewarna lukisan yang telah disediakan oleh pihak Sistem Guru Online mengikut kepada kreativiti para peserta yang terlibat.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Program sebegini mampu meningkatkan kesedaran kepada komuniti setempat untuk menjaga tingkah laku supaya tidak menyebarkan maklumat palsu dan sentiasa peka untuk mengesahkan terlebih dahulu perkongsian yang diterima.
• Mewujudkan persaingan secara sihat antara peserta untuk berusaha menghasilkan lukisan dan mewarna yang terbaik pernah mereka hasilkan.

Nama VIP :

• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :