KLIK DENGAN BIJAK (BULI SIBER) DAN PENGENALAN MICROSOFT OFFICE PAINT

Aktiviti terkini |8 April 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Sri Pajam, Mantin

Ringkasan Aktiviti :
• Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anak komuniti dan ahli PEDi untuk sentiasa berhati-hati dalam melayari internet.


Tujuan :
• Program ini adalah untuk membantu meningkatkan kesedaran dikalangan anak komuniti terhadap kebaikan dan keburukan dalam melayari internet.
• Program ini juga memberi pendedahan kepada anak-anak komuniti akan bahayanya buli siber dan kesannya terhadap orang yang di buli serta kepada siapa mereka harus mengadu jika perkara ini terjadi.
• Ia juga dapat mengeratkan ukhwah antara anak-anak komuniti setempat.
• Memberi peluang kepada anak-anak komuniti menyerlahkan bakat dan kreativiti dalam mewarna di Microsoft Office Paint 3D sempena Aidilfitri.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Tontonan video & nasihat supaya anak-anak komuniti serta ahli PEDi sentiasa menyelidik dahulu perkara yang dapat sebelum menyebarkan kepada orang lain.
• Peserta diberi pendedahan penggunaan fungi-fungsi panel didalam Microsoft Office Paint 3D.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Program sebegini mampu meningkatkan kesedaran dikalangan anak-anak komuniti setempat yang terlibat untuk menjaga tingkah laku supaya tidak meyalahgunakan semasa melayari internet dan sentiasa peka untuk tidak membuli di alam siber.
• Memberi peluang kepada peserta meneroka di dalam kelas Microsoft Office Paint 3D ini yang mana ia menyajikan berbagai gambar dalam dua demensi, tiga demensi serta bermain dengan pelbagai warna, yang mampu menarik perhatian dan kepekaan peserta.

Nama VIP :

• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :