PROGRAM PENDAFTARAN VAKSIN COVID-19 & PAMERAN KESIHATAN

Aktiviti terkini |25 April 2020

Tempat Aktiviti:
Balairaya Blok P, Flat Sri Pajam

Tujuan :
• Program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang Vaksin Covid-19 dan menjawab persoalan penduduk setempat.
• Program ini juga membantu penduduk mendaftarkan diri serta keluarga untuk mengambil vaksin.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Taklimat kesedaran daripada wakil doctor dari Klinik Kesihatan Mantin
• Pendedahan serta soal jawab kemusykilan mengenai suntikan vaksin yang akan diterima.
• Bantuan serta tunjuk ajar dalam pendaftaran untuk mendapatkan vaksin melalui aplikasi MySejahtera.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Program sebegini dapat membantu memberi pendedahan serta menjawab spekulasi yang tular mengenai keburukan vaksin.
• Dengan adanya program kesedaran ini, penduduk dapat bertanya sendiri secara bersemuka dengan wakil doktor yang memberi taklimat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :