HARI TERBUKA PI1M SRI PAJAM

Aktiviti terkini | 21 Oktober 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Sri Pajam

Hari Terbuka ini merupakan satu usaha yang dibina bagi memupuk hubungan silaturrahim, berkongsi ilmu, menjana minda celik IT serta mewujudkan peluang keusahawanan bersama penduduk setempat di sekitar Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M).

Tujuan :
• Memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat
• Menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk taman
• Mempromosikan aktiviti PI1M kepada komuniti setempat

Kelebihan Aktiviti :
Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti Bandar dengan luar Bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :