TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (KDB) & PENDEDAHAN TENTANG VIDEO POKEMON GO

Aktiviti terkini | 30 Jun 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Pajam

Tujuan :
Mesej utama kempen “Klik Dengan Bijak” adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pengguna berhubung penggunaan internet dengan betul dan kebaikan serta keburukan internet.
• Memberi peluang kepada murid-murid untuk menggunakan masa yang ada dengan mendapatkan faedah dari PI1M yang merangkakan banyak aktiviti untuk memenuhi waktu mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :